会员   密码 您忘记密码了吗?
1,573,407 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > CINA PERANAKAN KAMPUNG PASIR PARIT KELANTAN: PENGEKALAN DAN PENYELARASAN IDENTITI
CINA PERANAKAN KAMPUNG PASIR PARIT KELANTAN: PENGEKALAN DAN PENYELARASAN IDENTITI
上一张
CINA PERANAKAN KAMPUNG PASIR PARIT KELANTAN: PENGEKALAN DAN PENYELARASAN IDENTITI
下一张
prev next

CINA PERANAKAN KAMPUNG PASIR PARIT KELANTAN: PENGEKALAN DAN PENYELARASAN IDENTITI

作者: Tan Yao Sua
出版社: SIRD
商品库存: 20
市场价格: RM23.00
本店售价: RM20.70
促销价: RM20.24
剩余时间: 请稍等, 正在载入中...
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Cina Peranakan merupakan sekumpulan subetnik Cina di negara ini. Mereka memperlihatkan identiti yang amat berbeza daripada orang Cina jati. Identiti mereka terdiri daripada identiti Cina yang diwarisi daripada generasi awal dan identiti yang dipupuk menerusi akulturasi oleh penduduk tempatan. Kebanyakan kajian tentang Cina Peranakan di negara ini tertumpu kepada Cina Peranakan yang menetap di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutamanya Baba dan Nyonya dari negeri Melaka dan Pulau Pinang. Padahal, terdapat juga sekumpulan Cina Peranakan yang besar yang menetap di pantai timur Semenanjung Malaysia, terutamanya negeri Kelantan. Malangnya, Cina Peranakan Kelantan tidak banyak dikaji oleh sarjana sedangkan amalan budaya mereka agak berbeza daripada Cina Peranakan yang menetap di pantai barat dan wajar diberikan perhatian yang setimpal. Lagipun, kehidupan sosiobudaya mereka menyumbang kepada pengkayaan sosiobudaya negeri Kelantan. Monograf ini mengkaji Cina Peranakan Kelantan dengan memilih Cina Peranakan Kampung Pasir Parit sebagai satu kajian kes atas dua sebab utama. Pertama, mereka merupakan kumpulan Cina Peranakan yang terbesar di negeri Kelantan. Kedua, mereka tidak diserap oleh masyarakat Cina jati dan masih mengekalkan kebanyakan identiti Peranakan mereka.

 

 
 
 
 
Tentang Penulis
 
Tan Yao Sua berkelulusan doktor falsafah dan merupakan Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Minat penyelidikan beliau mencakupi kajian Cina Malaysia, analisis dasar pendidikan, sosiologi pendidikan dan pendidikan minoriti.
 
 
 
Kamarudin Ngah berkelulusan doktor falsafah dan merupakan Profesor Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Bidang penyelidikan beliau termasuk pembangunan komuniti, kerajaan tempatan dan perancangan pembangunan.
 
 
 
Sezali Md Darit berkelulusan doktor falsafah dan merupakan Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Minat penyelidikan beliau termasuk analisis dasar awam, geografi politik dan sistem maklumat geografi.