会员   密码 您忘记密码了吗?
1,572,652 本书已上架      购物流程 | 常见问题 | 联系我们 | 关于我们 | 用户协议

有店 App


当前分类

浏览历史

当前位置: 首页 > 马来西亚出版品 > 文运书坊 > 文运 Malay Books > CINA PERANAKAN TIROK TERENGGANU: PENGEKALAN DAN PERALIHAN IDENTITI
CINA PERANAKAN TIROK TERENGGANU: PENGEKALAN DAN PERALIHAN IDENTITI
上一张
CINA PERANAKAN TIROK TERENGGANU: PENGEKALAN DAN PERALIHAN IDENTITI
下一张
prev next

CINA PERANAKAN TIROK TERENGGANU: PENGEKALAN DAN PERALIHAN IDENTITI

作者: Tan Yao Sua & Kamarudin Ngah
出版社: SIRD
出版日期: 2012
商品库存: 20
市场价格: RM18.00
本店售价: RM16.20
促销价: RM15.84
剩余时间: 请稍等, 正在载入中...
购买数量:
collect Add to cart
详细介绍 商品属性 商品标记

 商品介绍

Penulis: Tan Yao Sua & Kamarudin Ngah
Subjek: Pendidikan, Malaysia
Keadaan: Bagus
Penerbit: SIRD
Tahun: 2012
102 muka surat
Pengekalan dan peralihan identiti merupakan dua isu genting yang mempengaruhi kewujudan Cina Peranakan di Negara ini. Hal ini demikian kerana pembentukan identity kumpulan subetnik Cina ini terhasil daripada proses akulturasi oleh orang Melayu yang menyebabkan mereka memperlihatkan dwiidentiti yang unik. Proses akulturasi ini amat bergantung kepada interaksi sosiobudaya yang berlaku secara kerap antara mereka dengan orang Melayu. Selagi factor-faktor asal yang mendorong kekerapan interaksi sosiobudaya ini berkekalan, selagi itulah identiti Cina Peranakan dapat dikekalkan. Pada hakikatnya, oleh sebab perubahan dimensi sosiobudaya, identity Cina Peranakan di Negara ini semakin terhakis.





Monograf ini meninjau isu pengekalan dan peralihan identity sekumpulan Cina Peranakan yang menetap di negeri Terengganu. Generasi tua kumpulan Cina Peranakan ini masih mengekalkan identity Cina Peranakan yang asal. Namun, dalam kalangan generasi muda, sudah berlaku peralihan identity. Walau bagaimanapun, tahap peralihan identity ini berbeza antara generasi kedua dengan generasi ketiga masa kini. Sementara generasi kedua masa kini masih mengekalkan kebanyakan penanda identity Cina Peranakan, generasi ketiga masa kini tidak lagi memperlihatkan penanda identity yang boleh mengaitkan mereka dengan Cina Peranakan. Dari perspektif yang lain, peralihan identity kumpulan Cina Peranakan ini juga dapat dilihat dari segi perubahan landskap budaya penempatannya yang menjejaskan keunikan identity kolektifnya sebagai sebuah komuniti Cina peranakan.

Tan Yao Sua berkelulusan doctor falsafah dan merupakan pensyarah kanan Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Bidang penyelidikan beliau mencakupi kajian Cina Malaysia, analisis dasar pendidikan, sosiologi pendidikan dan pendidikan minority.

Kamarudin Ngah berkelulusan doctor falsafah dan merupakan professor madya merangkap timbalan pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Bidang penyelidikan beliau mencukupi pembangunan komuniti, kerajaan tempatan dan perancangan pembangunan.